Jerebu memburuk! Indonesia sangat tidak cekap, tidak serius -Khairy Jamaluddin

LocalPolitics
15 Oct 2026 • 10:00 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jerebu memburuk! Indonesia sangat tidak cekap, tidak serius -Khairy Jamaluddin

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meluahkan kekecewaan terhadap situasi jerebu rentas sempadan yang didakwa berlarutan sehingga dua bulan, selain mempersoalkan keseriusan Indonesia dalam menangani isu berkenaan.

Tak cekap tangani masalah jerebu

Menerusi kenyataannya, Khairy menyifatkan Indonesia sebagai negara yang tidak cekap dan mempersoalkan keupayaan negara itu untuk menangani masalah jerebu yang turut memberi kesan kepada negara jiran.

“Sudah tentu kita tahu, Indonesia ini memang negara yang sangat-sangat tidak cekap. Memang tidak tahu buat kerja. Tiada kemampuan, tiada keupayaan. Saya sudah banyak bercakap tentang ketidakcekapan Indonesia. Lihat sahaja kenyataan daripada menteri mereka,” ujarnya.

Kenyataan wakil dari Indonesia burukkan keadaan

Beliau turut membangkitkan kenyataan seorang menteri Indonesia yang menyebut, “bukan hanya mengirim asap, tapi kalau asapnya enggak ada, kita mengirim oksigen,” selain mendakwa oksigen yang diterima Malaysia dan Singapura datang daripada hutan negara itu.

Bagi Khairy, kenyataan sedemikian menimbulkan persoalan mengenai keseriusan Indonesia dalam menangani isu jerebu yang berlarutan, sedangkan kesannya turut dirasai penduduk di negara jiran.

“Saya minta maaf. Apabila berkaitan dengan isu ini, anda bukan negara yang serius. Anda boleh mengatakan berapa banyak unicorn yang anda miliki. Anda boleh mengatakan berapa ramai pegawai kerajaan anda yang telah dilatih di Harvard…
“Itu bukan negara yang serius,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau berpandangan isu berkenaan memerlukan penyelesaian yang lebih berkesan agar masalah jerebu rentas sempadan tidak terus berulang dan menjejaskan kesejahteraan rakyat.

KJ beranggapan respon kerajaan Malaysia, seperti berbincang dengan pegawai Indonesia seperti Presiden Indoneosia, Prabowo dan meminta Menteri Luar untuk berhubung dianggap tidak mencukupi dan terlalu pasif.

Susulan itu, beliau beranggapan bahawa isu ini telah berlarutan selama dua bulan tanpa penyelesaian yang tegas.

Sumber: YouTube Keluar Sekejap

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved