
PETALING JAYA – Sebanyak 12 kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 10.11 pagi ini.
Berdasarkan semakan menerusi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), IPD Serian mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 182.
Ia diikuti Kuching dengan bacaan 176, manakala Sibu dan Samarahan masing-masing merekodkan IPU 170.
Bintulu dan Sarikei pula masing-masing mencatatkan bacaan 169, diikuti Mukah (161), Miri (160) serta Samalaju (160).
Sementara itu, bacaan IPU di ILP Miri direkodkan pada 157, Limbang (152) dan Kapit (122).
Kesemua kawasan berkenaan berada dalam kategori tidak sihat apabila mencatatkan bacaan IPU antara 101 hingga 200.
Sementara itu, sebanyak 41 kawasan lagi berada pada tahap sederhana iaitu IPU antara 51 hingga 100.
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala melebihi 300 dikategorikan berbahaya. – KOSMO! ONLINE
The post Jerebu: Semenanjung ‘clear’, 12 kawasan Sarawak masih tidak sihat appeared first on Kosmo Online.






