
PETALING JAYA – Sebanyak 13 kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat petang ini.
Berdasarkan paparan Sistem Pengurusan Kualiti Alam Sekitar (MyEQMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) pukul 2.34 petang ini, IPD Serian mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 189 iaitu meningkat berbanding pagi tadi hanya merekodkan 182, dan ia diikuti Kuching (180) dan Sri Aman (177).
Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Samarahan dengan IPU 176, Bintulu (172), Sibu (167), Sarikei (167), Samalaju (162) dan Miri (161).
Selain itu, Mukah mencatatkan bacaan 159, ILP Miri (157), Limbang (154) manakala Kapit berada pada paras 111.
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala 51 hingga 100 adalah sederhana.
Sementara itu, sebanyak 45 kawasan lagi berada pada tahap sederhana iaitu IPU antara 51 hingga 100.
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala melebihi 300 dikategorikan berbahaya. – KOSMO! ONLINE
The post Jerebu: Bacaan IPU di IPD Serian pelan-pelan meningkat appeared first on Kosmo Online.






