Jerebu: Semua sekolah di Melaka ditutup esok.

8 Oct 2026 • 10:06 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jerebu: Semua sekolah di Melaka ditutup esok.

MELAKA: Semua sekolah di seluruh Melaka akan ditutup esok berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang mencapai tahap tidak sihat.

Keputusan itu membabitkan semua sekolah di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan (KPM) di tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah ini termasuk semua Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) serta tadika.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, keputusan tersebut diambil sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan dan keselamatan murid, guru serta seluruh warga sekolah.

“Keputusan ini dibuat susulan pemantauan berterusan dan laporan rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang menunjukkan bacaan IPU di kawasan-kawasan utama di Melaka telah melepasi 150, iaitu pada tahap tidak sihat.

“Keselamatan dan kesejahteraan murid serta warga sekolah sentiasa menjadi keutamaan dan langkah penutupan ini adalah bagi mengurangkan risiko pendedahan kepada keadaan jerebu

“Untuk Isnin, kita tunggu bacaan IPU Jumaat, Sabtu dan Ahad jika berterusan atas 150, semua sekolah akan ditutup pada Isnin apa pun tunggu makluman rasmi nanti,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Rahmad berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan terus memantau perkembangan kualiti udara dari semasa ke semasa berdasarkan garis panduan yang ditetapkan KPM.

“Sebarang perkembangan atau perubahan berkaitan sesi persekolahan seterusnya akan dimaklumkan melalui saluran rasmi dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya memastikan anak-anak berada di tempat yang selamat serta mengehadkan aktiviti luar sepanjang keadaan jerebu. – UTUSAN

The post Jerebu: Semua sekolah di Melaka ditutup esok. appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved