Jerebu: Semua sekolah di Negeri Sembilan beroperasi esok

15 Oct 2026 • 2:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: Semua sekolah di Negeri Sembilan beroperasi esok
Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan akan beroperasi seperti biasa pada Jumaat(16 Oktober 2026). Gambar hiasan

SEREMBAN - Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan akan beroperasi seperti biasa pada Jumaat (16 Oktober 2026).

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dalam kenyataan berkata, sebarang keputusan berkaitan penutupan institusi pendidikan akibat jerebu adalah tertakluk kepada ketetapan, kriteria dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

"Ia berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) serta perkembangan semasa.

"Oleh itu, tindakan berkaitan pengoperasian sekolah hendaklah dilaksanakan dengan merujuk kepada ketetapan tersebut,"katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut JPNS, berdasarkan ketetapan dalam Surat Siaran KPM Bilangan 1 Tahun 2019, semua aktiviti di luar bilik darjah, termasuk pendidikan jasmani, aktiviti kokurikulum dan sukan, perkhemahan, keraian, perhimpunan serta aktiviti di dewan terbuka, hendaklah dihentikan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

Ujarnya, murid juga disarankan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga, khususnya bagi mereka yang mengalami gejala pernafasan atau tergolong dalam kumpulan berisiko.

"Ibu bapa dan penjaga yang bimbang akan kesan jerebu terhadap kesihatan anak-anak boleh memilih untuk tidak menghantar mereka ke sekolah dengan memaklumkan ketidakhadiran kepada pihak sekolah.

"JPNS akan terus memantau perkembangan semasa dan menyalurkan maklumat rasmi sekiranya terdapat sebarang perubahan berkaitan pengoperasian institusi pendidikan," katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved