Jerebu: Semua sekolah di Sarawak buka esok, aktiviti luar dihentikan jika IPU melebihi 100

LocalEnvironment
14 Oct 2026 • 4:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: Semua sekolah di Sarawak buka esok, aktiviti luar dihentikan jika IPU melebihi 100
Keadaan di Sarawak dikaitkan dengan jerebu rentas sempadan susulan kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan, Indonesia. Foto Bernama

KUCHING - Semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah seliaan Kementerian Pendidikan (KPM) di Sarawak, akan beroperasi seperti biasa esok.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan sekolah dan institusi pendidikan yang berada dalam kawasan dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 100, hendaklah menghentikan semua aktiviti luar bilik darjah yang melibatkan murid dan pelajar.

"Murid dan pelajar yang hadir ke sekolah, digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah menjaga kesihatan susulan keadaan jerebu semasa.

"Ibu bapa dan penjaga dibenarkan untuk tidak menghantar anak bawah jagaan masing-masing ke sekolah, sekiranya terdapat kebimbangan terhadap kesihatan anak-anak susulan keadaan jerebu yang masih melanda beberapa lokasi di Sarawak, dengan membuat pemakluman kepada pihak sekolah,” menurut kenyataan itu.

Semalam, JPN Sarawak dalam kenyataan memaklumkan kesemua sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian, Sri Aman dan Lubok Antu ditutup sementara dengan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan. - Bernama

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved