Jerebu: Semua sekolah di Selangor dibuka esok, tiada aktiviti luar bilik darjah

LocalEnvironment
18 Oct 2026 • 3:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: Semua sekolah di Selangor dibuka esok, tiada aktiviti luar bilik darjah
Murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka. Foto fail Bernama

SHAH ALAM - Semua institusi pendidikan di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN Selangor) beroperasi seperti biasa pada Isnin.

JPN Selangor dalam kenyataan berkata, bagaimanapun semua aktiviti luar ditangguhkan dan murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka.

"Ibu bapa atau penjaga yang bimbang tentang kesihatan anak-anak dibenarkan untuk tidak menghantar anak ke sekolah dengan syarat memaklumkan perkara tersebut kepada pihak sekolah.

"Dalam masa sama pihak pentadbir sekolah hendaklah sentiasa memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) daripada Jabatan Alam Sekitar dan memberikan perhatian khusus kepada murid yang berisiko tinggi," kata kenyataan itu pada Ahad.

Tambah JPN Selangor, ibu bapa, penjaga dan warga sekolah dinasihatkan supaya sentiasa merujuk saluran komunikasi rasmi JPN Selangor atau pihak sekolah.

"Ia bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini," jelasnya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved