Sekolah di Kuala Lumpur beroperasi seperti biasa esok

18 Oct 2026 • 4:19 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sekolah di Kuala Lumpur beroperasi seperti biasa esok

PETALING JAYA – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan beroperasi secara bersemuka seperti biasa esok.

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dalam satu kenyataan berkata, bagaimanapun, semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan.

Katanya, warga sekolah termasuk murid turut digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu semasa.

“Ibu bapa atau penjaga yang bimbang akan tahap kesihatan anak untuk hadir ke sekolah berikutan keadaan jerebu boleh memilih untuk tidak menghantar anak mereka.

“Walau bagaimanapun, pihak ibu bapa atau penjaga hendaklah memaklumkan ketidakhadiran tersebut kepada pihak sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, semua pihak diminta terus peka terhadap perkembangan semasa dan mematuhi nasihat pihak berkuasa berkaitan keadaan jerebu.- KOSMO! ONLINE

The post Sekolah di Kuala Lumpur beroperasi seperti biasa esok appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved