Jerebu: Serian catat IPU sangat tidak sihat

LocalEnvironment
12 Sep 2026 • 10:02 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Jerebu: Serian catat IPU sangat tidak sihat

Secara keseluruhan, sebanyak 44 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala 14 kawasan lagi mencatatkan bacaan pada tahap baik.

KUALA LUMPUR: Serian mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat iaitu 258, manakala lapan kawasan lain di Sarawak merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini. 

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), lapan kawasan berkenaan ialah Sri Aman (197), Samarahan (195), Kuching (191), Bintulu (152), Sarikei (151), Samalaju (148), Mukah (118) dan Sibu (108).

Secara keseluruhan, sebanyak 44 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala 14 kawasan lagi mencatatkan bacaan pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar sehingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 301 dan ke atas (berbahaya).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved