Jerebu: Tiada taska diarah tutup, aktiviti luar dihentikan - Nancy

LocalFamily & Parenting
17 Oct 2026 • 2:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: Tiada taska diarah tutup, aktiviti luar dihentikan - Nancy
Nancy Foto: Bernama

KUCHING - Tiada taman asuhan kanak-kanak (taska) diarah tutup setakat ini susulan keadaan jerebu, namun semua aktiviti luar perlu dihentikan bagi mengurangkan pendedahan kanak-kanak kepada udara tercemar.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, keputusan untuk tidak mengarahkan penutupan taska secara menyeluruh mengambil kira keperluan ibu bapa yang bergantung kepada perkhidmatan itu ketika bekerja.

Beliau berkata, ibu bapa diberi budi bicara untuk menentukan sama ada mahu menghantar anak ke taska atau tidak, khususnya di kawasan yang sekolahnya telah diarahkan tutup susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tinggi.

"Kami memahami ada ibu bapa yang tidak boleh membiarkan anak mereka di rumah begitu sahaja kerana tiada individu yang boleh menjaga mereka.

"Jadi, mungkin ibu bapa boleh berbincang dengan majikan atau pihak taska masing-masing mengenai langkah yang perlu diambil. Namun, perkara utama yang perlu dipatuhi ialah kanak-kanak tidak dibenarkan bermain di luar,” katanya kepada selepas menyempurnakan program Empowerus 2026 bertemakan "Empowering Leaders: Sustainable, Resilient and Ethical Leadership” di sini, hari

Nancy berkata, ibu bapa juga dinasihatkan supaya membawa anak mendapatkan pemeriksaan doktor sekiranya mereka menunjukkan gejala sakit ketika keadaan jerebu berterusan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved