Sekolah Selangor dibuka seperti biasa 27 Oktober, IPU kembali baik

26 Oct 2026 • 3:24 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Sekolah Selangor dibuka seperti biasa 27 Oktober, IPU kembali baik

SHAH ALAM, 26 OKT: Semua sekolah di Selangor akan beroperasi seperti biasa pada Selasa, 27 Oktober, maklum Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.

JPN Selangor dalam kenyataan berkata keselamatan dan kesihatan murid serta warga sekolah perlu terus diberi perhatian susulan keadaan jerebu semasa.

“Murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka.

"Ibu bapa atau penjaga yang bimbang tentang kesihatan anak-anak dibenarkan untuk tidak menghantar anak ke sekolah, dengan syarat memaklumkan perkara tersebut kepada pihak sekolah,” menurut kenyataan itu.

JPN Selangor turut meminta semua pihak mematuhi arahan serta langkah berjaga-jaga yang ditetapkan pihak berkuasa.

Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui saluran rasmi JPN Selangor dan pihak sekolah.

Sementara itu, data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan kebanyakan kawasan di Selangor mencatatkan kualiti udara baik setakat jam 3 petang ini.

Petaling Jaya merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 50, diikuti Shah Alam 45, Johan Setia 43, Klang 42 dan Banting 30.

Kuala Selangor pula mencatatkan bacaan IPU 53, iaitu pada tahap sederhana.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, manakala 51 hingga 100 sebagai sederhana.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved