
Seorang kanak-kanak perempuan hampir kehilangan nyawa selepas diserang oleh seorang lelaki ketika berjalan ke pasar malam bersama abang dan kakaknya di Taman Bakawali, Bukit Sentosa 3, di Rawang, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, mangsa yang merupakan anak bongsu kepada tiga beradik berjalan kaki sejauh kira-kira 500 meter dari rumah menuju ke pasar malam berhampiran.
Ketika melalui hadapan sebuah rumah, seorang lelaki secara tiba-tiba mengejar mangsa sebelum menariknya masuk ke dalam rumah berkenaan.
Baca juga:
‘KL Gangster akan kuasai pilihan raya Datuk Bandar KL?’ – Puad Zarkashi
Pemuda UMNO tolak cadangan pilihan raya Datuk Bandar KL
‘Hajah Asmah telah kembali ke rahmatullah’- Dr Na’im
Abang mangsa yang menyedari kejadian itu segera mengejar dan cuba menyelamatkan adiknya, namun suspek bertindak agresif dengan memijak, menendang serta menyepak kepala mangsa berulang kali sebelum mencekiknya.
Suara jeritan mangsa dan abangnya menarik perhatian jiran serta orang awam yang kemudian bertindak pantas membantu, sekali gus menghalang keadaan daripada menjadi lebih buruk.
Bapa mangsa menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, beliau dan isterinya membenarkan anak-anak keluar sendiri pada hari kejadian kerana kedua-duanya kurang sihat, meskipun kebiasaannya anak-anak tidak dibenarkan berjalan tanpa pengawasan.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana jiran dan orang awam bertindak cepat. Jika lambat sedikit, saya tidak tahu apa nasib anak saya,” katanya.
The post Jeritan selamatkan nyawa, kanak-kanak nyaris maut diserang individu di Rawang appeared first on The Reporter.

