Jet pejuang TUDM kemalangan

LocalPolitics
21 Aug 2025 • 10:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar video tular berkaitan insiden pesawat pejuang TUDM terlibat kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan pada Khamis.

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Sebuah jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan di sini pada Khamis.

TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan insiden kemalangan melibatkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet yang berlaku pada jam 9.05 malam di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah.

“TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan tersebut.

“Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita yang tidak sahih,” menurut kenyataan itu pada Khamis.

Terdahulu, dua video tular memaparkan kepulan cahaya menjulang serta asap tebal yang dipercayai dirakam penduduk berhampiran lokasi kejadian.

Difahamkan, dua pegawai tentera yang berada dalam pesawat terbabit dilaporkan selamat.