Jika ada muafakat, insya-Allah ada jalan – Tuan Ibrahim

LocalPolitics
3 Sep 2026 • 2:10 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jika ada muafakat, insya-Allah ada jalan – Tuan Ibrahim

KOTA BHARU: Pas menyerahkan urusan rundingan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kepada jawatankuasa yang ditubuhkan.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jawatankuasa berkenaan akan mengadakan perbincangan lanjut manakala UMNO turut mengeluarkan arahan supaya urusan berkaitan kerjasama di peringkat negeri diserahkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

“Kita ada jawatankuasa rundingan dan kita serah kepada jawatankuasa berkenaan untuk mengadakan perbincangan.

“UMNO juga ada mengeluarkan arahan dan menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk membuat sebarang perbincangan atau rundingan. Insya-Allah, kerjasama ini dapat diteruskan,” katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-67, di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, perkara paling penting dalam rundingan tersebut adalah mencapai muafakat bagi memastikan tidak berlaku pertembungan antara parti yang bekerjasama.

Katanya, beberapa asas akan dibincangkan selepas ini sekiranya muafakat berkenaan dapat diteruskan.

“Yang penting adalah muafakat. Apabila semua pihak bersetuju, insya-Allah ada jalan. Kita akan cari mekanisme untuk mengelakkan pertembungan. Kalau ada muafakat, insya-Allah akan ada jalan untuk mengelakkan pertembungan,” ujarnya. – UTUSAN

 

The post Jika ada muafakat, insya-Allah ada jalan – Tuan Ibrahim appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved