‘Pecat semua menteri DAP yang persoal titah diraja’ – Takiyuddin

LocalPolitics
12 Nov 2026 • 3:49 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Datuk Seri Takiyuddin Hassan menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim memecat menteri DAP yang didakwa mempersoalkan titah diraja berkaitan pengampunan Najib Razak.

Setiausaha Agong Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memecat semua menteri daripada DAP yang didakwa mempersoalkan titah diraja berkaitan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, tindakan berkenaan wajar dipertimbangkan susulan kenyataan beberapa pemimpin DAP yang menurutnya secara tidak langsung mempertikaikan keputusan berkaitan pengampunan diraja.

“Kepada menteri-menteri DAP, keluarkan semua. Ataupun kita cabar Perdana Menteri buang, bagi nasihat kepada Agong supaya pecat semua menteri-menteri daripada DAP yang mempersoalkan titah diraja dalam pengampunan ini,” katanya.

Takiyuddin turut menyindir kenyataan seorang pemimpin DAP yang sebelum ini menyatakan kesediaan meletakkan jawatan sekiranya Najib dibenarkan menjalani tahanan rumah.

“Najib sampai rumah, aku letak jawatan. Hah, engkau siapa? Kenapa engkau seorang sahaja letak jawatan?” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pihaknya tidak mempertikaikan keputusan mahkamah mahupun kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya mahu perkara berkenaan dihormati.

“Kita bukan menyokong orang yang melakukan apa-apa kesalahan. Kita tak pertikaikan keputusan mahkamah, apatah lagi kita tak pertikaikan perintah pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong,” jelasnya.

Beliau turut mengkritik pengendalian kerajaan terhadap isu Titah Adendum yang menurutnya menimbulkan kekeliruan dan persoalan mengenai ketelusan pihak berkuasa.

Takiyuddin mendakwa isu berkenaan mengambil masa lebih setahun untuk diselesaikan, selain mempersoalkan perkembangan terbaharu yang berlaku dalam tempoh beberapa hari.

The post ‘Pecat semua menteri DAP yang persoal titah diraja’ – Takiyuddin appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved