Jika Beego Tak Mahu Ceraikan, Linda Hashim Akan Buka ‘Fail’ Baru

EntertainmentLifestyle
23 Apr 2025 • 11:58 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Beego Linda Hashim

Pelakon, Beego dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekitar jam 11 pagi bagi proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) susulan kemelut rumah tangganya bersama isteri, Linda Hashim.

Menurut laporan Oh Bulan, Beego yang mengenakan kemeja putih dan ditemani ibunya sebagai wakil JKP dilihat tetap positif.

Harapan saya masih sama, kalau boleh masih mahu selamatkan rumah tangga kami.

Linda Hashim tiba kemudian, tapi tegas dengan keputusan

image is not available

Linda pula hadir sekitar 15 minit kemudian dan terus menyatakan pendiriannya yang sudah tetap.

Ya, sudah bertahun berbincang tapi tiada kesudahan. Jadi kali ini saya mengharapkan pengakhiran yang baik.

Walaupun tidak pasti apa keputusan akan diumumkan hari ini, Linda berharap semuanya berjalan dengan lancar. Beliau juga melantik bapa saudaranya sebagai wakil JKP dan hadir bersama peguam syarie yang mewakilinya.

Ada ‘Fail Rahsia’ Jika tak diceraikan?

image is not available

Ketika ditanya tindakan yang akan diambil jika Beego enggan melepaskan, Linda sempat memberi kenyataan yang mengejutkan.

Kalau dia tidak mahu lepaskan, saya ikut sahaja, tapi mungkin akan buka satu fail lain.

Dalam rumah tangga, perbincangan adalah kunci. Tapi kalau dah terlalu lama mencuba tanpa hasil, mungkin jalan terbaik adalah melepaskan dengan cara yang baik. Hormati keputusan pasangan dan teruskan hidup dengan tenang.

Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved