‘Jika harganya diri saya, saya bayar’: Mohd Shuhaily pasrah isu video tular KLIA

LocalPolitics
1 Oct 2026 • 4:57 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: ‘Jika harganya diri saya, saya bayar’: Mohd Shuhaily pasrah isu video tular KLIA

KUALA LUMPUR - "Untuk mengubah sesuatu, ia mempunyai harga. Dan sekiranya harga itu ialah diri saya, maka saya bayar dengan diri saya."

Demikian ketegasan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang menyatakan kesediaan menerima sebarang keputusan atau tindakan daripada kerajaan berhubung insiden video tular melibatkan dirinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.

Mohd Shuhaily mengesahkan perkara berkenaan telah pun dimaklumkan kepada peringkat tertinggi kerajaan serta Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Apa jua keputusan mereka, saya terima kerana pada saya untuk mengubah sesuatu, ia mempunyai harga. Dan sekiranya harga itu ialah diri saya, maka saya bayar dengan diri saya," katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media khas hari ini bagi merungkai kontroversi video tular yang memaparkan tindakan beliau memarahi seorang individu di pintu masuk utama negara itu.

Tanpa bersikap mempertahankan diri secara melampau, Mohd Shuhaily memilih untuk menyerahkan sepenuhnya proses siasatan kepada pihak berkuasa agar ketelusan dan keadilan dapat ditegakkan.

"Apa pun, saya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut dengan penuh efisien. Biarlah keadilan muncul kelak bagi semua pihak," tegas beliau. - 1 Oktober, 2026

The post ‘Jika harganya diri saya, saya bayar’: Mohd Shuhaily pasrah isu video tular KLIA appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved