“Jika Ibu Meninggal, Tidak Perlu Beritahu” – Tular Kisah 4 Anak Serah Ibu Ke Rumah Warga Emas Selamanya

Family & Parenting
12 Aug 2026 • 5:02 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kasih seorang ibu memang tiada bandingannya, namun lain pula kisah yang tular baru-baru ini apabila seorang warga emas diserahkan ke rumah penjagaan oleh anak kandungnya sendiri.

Perkongsian itu mengundang rasa sebak apabila melihat warga emas itu digendong pergi oleh wakil rumah penjagaan Griya Lansia Malang, Indonesia.

Bersama video itu, turut diselitkan isi surat perjanjian menyatakan empat anak kandung secara sukarela dan tiada paksaan menyerahkan ibu mereka.

Dan jika nanti ibu saya meninggal dunia, saya berempat tidak perlu dikabari, jenazah ibu saya silakan langsung dimakamkan di Griya Lansia.

Ayat itu mencetuskan rasa terkilan dalam kalangan netizen kerana ia seolah-olah menggambarkan anak-anak wanita tersebut tidak mahu lagi dimaklumkan mengenai keadaan ibu mereka.

warga emas

Malah, wakil rumah penjagaan ada memujuk si anak supaya memikirkan semula keputusan mereka. Tapi si anak tegas dengan keputusan kerana tidak berkemampuan dari segi kewangan.

Surat pernyataan ini saya buat tanpa paksaan, dengan kesedaran sepenuhnya dan siap dengan segala risiko, kerana saya tidak mampu membiayai atau merawat ibu saya.

Perkongsian itu turut menyebut beberapa nama lain yang didakwa sebagai adik-beradik kandung individu berkenaan.

The post “Jika Ibu Meninggal, Tidak Perlu Beritahu” – Tular Kisah 4 Anak Serah Ibu Ke Rumah Warga Emas Selamanya appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved