Warga emas, anak saudara maut dalam kebakaran rumah kedai di Klang

12 Aug 2026 • 11:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Warga emas, anak saudara maut dalam kebakaran rumah kedai di Klang
Seorang warga emas dan anak saudara lelakinya berusia 8 tahun maut, manakala 2 lagi mangsa mengalami sesak nafas dalam kebakaran sebuah rumah kedai tiga tingkat di Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana, Klang petang tadi. - Foto: Bernama

SHAH ALAM - Seorang warga emas dan anak saudara lelakinya berusia lapan tahun maut, manakala dua lagi mangsa mengalami sesak nafas dalam kebakaran sebuah rumah kedai tiga tingkat di Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana, Klang, dekat sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, kedua-dua mangsa lelaki berusia 66 tahun dan kanak-kanak berusia lapan tahun itu ditemukan dalam dua tandas berasingan di tingkat dua bangunan berkenaan selepas operasi pemadaman selesai pada 6.33 petang.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.51 petang.

"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM), manakala dua lagi mangsa berjaya diselamatkan orang awam sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashrul Riezal berkata, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 10.15 malam untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata operasi ditamatkan sepenuhnya pada 10.05 malam dengan penglibatan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan BBP Andalas. - Bernama

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved