“Jika Para Ustaz Yang Tak Buat Apa-Apa Kesalahan Ditarik Tauliah” – Ustaz Ahmad Dusuki

LocalEntertainment
20 Feb 2025 • 7:46 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ustaz ahmad dusuki

Baru-baru ini, Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) mencuri tumpuan ramai bukan disebabkan persembahan tetapi gara-gara fesyen ‘luar biasa’ yang dikenakan beberapa individu di karpet merah.

Isu ini mendapat perhatian ramai pihak termasuk pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki yang lantang menyuarakan pendapatnya.

Pakaian ‘unik’ di karpet merah jadi perdebatan!

image is not available

Dalam satu perkongsian di Instagram, Ustaz mempersoalkan mengapa individu berpakaian pelik dan dikatakan tidak selari dengan norma budaya serta agama ini tidak dikenakan sebarang tindakan.

“Jika para ustaz yang tak buat apa-apa kesalahan ditarik tauliah” – Ustaz Ahmad Dusuki

image is not available
Foto: UAD Official

Beliau membandingkan situasi ini dengan golongan pendakwah yang mudah dikenakan tindakan seperti tarik tauliah apabila melakukan sesuatu.

Jika para ustaz yang tak buat apa-apa kesalahan ditarik tauliah dan tak dibenarkan bersiaran di media sosial kerajaan, dan jika raja-raja dan pemimpin negara dihina akan terus diambil tindakan, makhluk ini lebih patut didenda dan dipenjara kerana menghina dan melawan Allah dan Rasulullah.

Ramai netizen turut bersetuju dengan kenyataan ustaz dan meluahkan rasa bimbang jika perkara ini dinormalisasi di masa hadapan.

Mereka memohon pihak bertanggungjawab mengenakan hukuman setimpal untuk dijadikan pengajaran.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata pihaknya memandang serius isu lelaki berpakaian wanita di acara tersebut.

Jakim telah menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi meneliti isu ini berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram Ustaz Ahmad Dusuki | Malaysia Gazette


The post

appeared first on

.