Najib Razak Tidak Mampu Bayar Denda RM50 Juta

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 12:50 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Datuk Seri Najib Razak berdepan satu lagi halangan sebelum boleh menjalani baki hukuman penjara kes SRC International di bawah tahanan rumah.

Menurut peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, bekas Perdana Menteri itu ketika ini tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk menjelaskan denda RM50 juta yang ditetapkan sebagai salah satu syarat pengampunan bersyarat.

Akaun bank Najib Razak dibekukan

najib razak

Muhammad Shafee menjelaskan, keadaan kewangan Najib turut terjejas selepas akaun banknya dibekukan. Antara yang disebut ialah akaun Affin Bank yang menurut beliau pernah digunakan Najib untuk menerima gaji ketika menjadi Perdana Menteri dan Ahli Parlimen.

Setakat hari ini, Datuk Seri Najib sendiri tidak mampu membayarnya. Beliau tidak mampu membayar.- Katanya.

Sebelum ini, pasukan guaman Najib turut memaklumkan sebahagian aset, akaun bank dan hartanya masih tertakluk kepada perintah pembekuan serta tindakan penguatkuasaan kerajaan.

Tak pernah minta sumbangan orang ramai

Image from: Najib Razak Tidak Mampu Bayar Denda RM50 Juta

Dalam masa sama, Muhammad Shafee menegaskan Najib tidak pernah meminta orang ramai mengumpul sumbangan bagi membantunya membayar denda RM50 juta tersebut.

Beliau turut memaklumkan Najib dan pasukan guamannya masih belum menerima surat rasmi yang menetapkan syarat pengampunan bersyarat berkenaan.

Pengampunan itu sebelum ini membolehkan Najib menjalani baki hukuman kes SRC International di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan syarat yang ditetapkan.

The post Najib Razak Tidak Mampu Bayar Denda RM50 Juta appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved