“Jika Saya Tak Bersuara, Dia Tidak Akan Henti Menyakiti Saya” – Myra Natasha Mohon Netizen Henti Berdebat Isu ‘Anak Luar Nikah’

14 May 2024 • 11:02 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Anak kepada personaliti TV dan penyampai radio, Halim Othman iaitu Myra Natasha memohon agar semua pihak henti berdebat di laman media sosial mengenai status anak tak sah taraf atau anak luar nikah.

Berhenti berdebat

Dalam perkongsiaan yang dibuat di Instagram, bekas peserta Dewi Remaja itu memohon orang ramai tidak menggunakan ruangan komen hantarannya sebagai medan perbalahan mengenai isu ‘panas’ ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Myra Natasya (@myra.natasyaa)

Kata Myra, dia tidak kisah netizen mahu mencaci atau melontarkan kata-kata kesat tanpa perlu libatkan soal agama dan bangsa untuk berbalah sesama sendiri.

Tidak akan berdiam diri

Dalam perkongsiaan lain, Myra berkata dirinya akan terus-menerus disakiti jika tidak bersuara mengenai hal ini.

Anda mungkin tidak memahami pilihan saya. Jika saya tidak bersuara untuk diri saya sendiri, dia tidak akan berhenti menyakiti saya. Dia menukar identiti saya.

Sebelum ini, anak perempuan Halim Othman, Myra Natasha membuat pendedahan bahawa dia memegang status ‘anak tidak sah taraf’.

image is not available 6 hours ago

“Dia Tak Sihat, Saya Nak Dia Jumpa Saya Atau Ibunya” - Halim Othman Enggan Panjangkan Isu ‘Anak Tak Sah Taraf’