'Jika tidak ditakdirkan bertemu lagi di dunia...' – Ibu Aliff Aziz luah rasa rindu cucu, sudah 3 tahun tak jumpa Ayden

Family & Parenting
9 Jul 2026 • 9:53 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Jika tidak ditakdirkan bertemu lagi di dunia...' – Ibu Aliff Aziz luah rasa rindu cucu, sudah 3 tahun tak jumpa Ayden

IBU kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Siti Hafizah Sheikh Mohamad menarik perhatian netizen apabila dia meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap cucu sulungnya, Mohamad Ayden Adrean.

Melalui perkongsian di laman Instagram bersempena dengan hari lahir Ayden kesembilan, Hafiza mendedahkan bahawa kali terakhir mereka dapat meluangkan masa bersama adalah semenjak tiga tahun yang lalu.

Memuat naik foto Hafiza memuat naik tangkap layar kenangan panggilan video terakhir mereka bersama Ayden yang disimpan rapi sebagai pengubat rindu, Hafiza menitipkan doa.

"Masya-ALLAH, setahun lagi telah berlalu. Sanah helwah kepada cucu tersayang, Ayden Adrean. Umi Wan, Tok Ayah, Daddy dan makcik-makcik kamu tidak pernah melupakan kamu, sayang.

Image from: 'Jika tidak ditakdirkan bertemu lagi di dunia...' – Ibu Aliff Aziz luah rasa rindu cucu, sudah 3 tahun tak jumpa Ayden

"Ini adalah foto dan video terakhir yang kami ada bersama kamu sejak tiga tahun lalu dan saya menyimpannya dengan penuh cermat. Kami sentiasa mendoakan kebahagiaan Ayden dari jauh, semoga membesar dengan iman dan taqwa kepada ALLAH serta menjadi anak yang soleh dan khalifah yang terhebat," tulisnya.

Hafiza turut meluahkan rasa reda sekiranya pintu pertemuan mereka di dunia ini sudah tertutup, namun tetap menaruh harapan untuk disatukan semula di akhirat kelak.

"Jika kita tidak ditakdirkan untuk bertemu lagi di dunia ini, insya-ALLAH kita akan bertemu semula di akhirat kelak dengan rahmat ALLAH, aamiin ya rabbal alamin. Kami semua sayangkan kamu kerana ALLAH. Alhamdulillah," ungkapnya.

Hantaran sarat dengan emosi itu diserta tanda pagar #MyBeloveGrandsonTurnsAnotherYearOlder sebagai tanda ingatan abadi seorang nenek kepada cucunya.

Untuk rekod, Ayden Adrean merupakan anak sulung hasil perkongsian hidup pelakon dan penyanyi Aliff Aziz bersama bekas isterinya, Bella Astillah. 

Selain Ayden, mereka juga dikurniakan seorang anak perempuan, Ara Adreanna.

Sumber: Instagram

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved