Ibu kepada penyanyi dan pelakon Singapura, Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah mencuri perhatian apabila menitipkan ucapan penuh emosi sempena ulang tahun kelahiran cucu sulungnya, Ayden Adrean yang kini berusia sembilan tahun.
Menerusi satu perkongsian di Instagram (IG), Hafizah memuat naik sekeping gambar yang memaparkan Ayden sedang membuat panggilan video bersama bapanya, Aliff Aziz. Menurutnya, gambar tersebut merupakan kenangan terakhir yang masih disimpan sehingga hari ini.
View this post on Instagram
“Masya-Allah, setahun lagi telah berlalu. Selamat hari lahir buat cucu kesayangan Umi Wan, Ayden Adrean. Umi Wan, Tok Ayah, Daddy dan mak cik-mak cik sentiasa mengingati Ayden, sayang.
“Inilah gambar dan video terakhir yang kami ada bersama Ayden sejak tiga tahun lalu, dan Umi Wan menyimpannya dengan penuh kasih sayang,” kongsinya.
Dalam perkongsian sama, Hafizah turut mendoakan agar Ayden sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT, dikurniakan kebahagiaan serta membesar menjadi anak yang soleh.
View this post on Instagram
Malah, dia turut meluahkan harapan agar suatu hari nanti dapat bertemu semula dengan cucunya itu.
“Kami sentiasa mendoakan kebahagiaan Ayden dari jauh. Semoga membesar dengan iman dan takwa kepada Allah serta menjadi anak yang soleh dan khalifah terhebat.
“Jika kita tidak dapat berjumpa lagi di dunia, Insya-Allah kita akan bertemu dalam kehidupan yang akan datang dengan izin Allah,” luahnya lagi.
Untuk rekod, Ayden merupakan anak sulung hasil perkahwinan Aliff Aziz bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dikecam Buat 'Live' Bersama Memey Suhaiza, Marissa Dania Pertahan Diri - "Saya Datang, Buat Kerja"
The post “Kami Sentiasa Ingat Ayden..” – Ibu Aliff Aziz Luah Perasaan, Dakwa Dah Tiga Tahun Tak Jumpa Cucu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






