JIM Kedah tahan 81 PATI dalam Ops Sapu di tapak pembinaan

5 Aug 2026 • 1:33 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: JIM Kedah tahan 81 PATI dalam Ops Sapu di tapak pembinaan

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menahan 81 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Sapu yang dijalankan di sebuah tapak pembinaan di Kuala Kedah di sini semalam.

ALOR SETAR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menahan 81 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Sapu yang dijalankan di sebuah tapak pembinaan di Kuala Kedah di sini semalam.

Dalam kenyataan, JIM Kedah memaklumkan operasi yang bermula 9.50 pagi itu dilaksanakan hasil risikan dan maklumat awam dan disertai 19 pegawai Unit Tindakan Imigresen Bahagian Penguatkuasaan JIM Kedah.

Menurut kenyataan itu, pemeriksaan melibatkan 127 individu terdiri daripada warganegara Malaysia dan warga asing.

“Hasil pemeriksaan sebanyak 81 PATI ditahan membabitkan 73 lelaki dan lapan wanita terdiri daripada 42 warga Bangladesh, Indonesia (26), Myanmar (10),  India (2) dan seorang warga Pakistan,” menurut kenyataan itu.

JIM memaklumkan kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, termasuk memasuki dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah, tinggal melebihi tempoh dibenarkan serta melanggar syarat pas yang dikeluarkan.

Dalam operasi sama, satu Saman Kepada Saksi (Borang 29) turut dikeluarkan bagi membantu siasatan.

Kenyataan itu memaklumkan, semua PATI yang ditahan dibawa ke Pejabat JIM Kedah untuk proses dokumentasi sebelum ditempatkan di depot imigresen bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

JIM Kedah menegaskan operasi penguatkuasaan akan diteruskan secara berterusan tanpa kompromi bagi membanteras kehadiran PATI di negeri itu, selain memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana majikan atau individu yang menggaji atau melindungi warga asing yang melanggar undang-undang imigresen.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kehadiran PATI atau pelanggaran undang-undang imigresen diminta menyalurkan maklumat kepada JIM Kedah melalui talian 04-7333302, e-mel aduanpati.kdh@imi.gov.my atau menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved