JIM Sabah usir 9,938 pendatang tanpa izin sejak 2021

29 Mar 2023 • 1:27 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Sabah mengusir sejumlah 9,938 pendatang tanpa izin daripada empat depot tahanan di negeri itu ke negara asal sejak 2021 hingga 27 Mac lepas.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (gambar) berkata ia membabitkan 2,497 pendatang tanpa izin pada 2021; 5,450 pendatang tanpa izin (2022) serta 1,991 pendatang tanpa izin bagi tempoh 1 Jan hingga 27 Mac tahun ini.

“KDN mempergiat usaha pengusiran tahanan ke negara asal dengan mengadakan rundingan berkala dengan pihak Kedutaan Filipina dan Indonesia bagi mempercepat proses penghantaran pulang tahanan ke negara asal,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari inihari ini.

Beliau menjawab soalan Lo Su Fui (GRS-Tawau) yang mahu tahu tindakan diambil terhadap pendatang tanpa izin di Sabah khususnya di Tawau yang banyak menimbulkan gejala sosial dan keselamatan sehingga meresahkan penduduk setempat.

Shamsul Anuar berkata statistik Jabatan Imigresen Sabah sehingga 27 Mac menunjukkan, terdapat 4,655 pendatang tanpa izin yang ditahan di empat depot imigresen di Sabah iaitu di Papar, Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

Katanya, berdasarkan aktiviti penguatkuasaan melibatkan premis perniagaan dan perusahaan, sebanyak 1,076 operasi penguatkuasaan dilaksanakan dengan tangkapan 1,881 pendatang tanpa izin dan 45 majikan pada sepanjang 2021.

Pada 2022, Jabatan Imigresen Sabah juga telah melaksanakan 700 operasi penguatkuasaan melibatkan 1,437 tangkapan pendatang tanpa izin dan 14 majikan atas pelbagai kesalahan imigresen, katanya.

“Sehingga 2023, sebanyak 265 operasi, 487 ditangkap, dua majikan dan 6,405 pemeriksaan dibuat pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, KDN memandang serius berkaitan masalah tersebut yang memerlukan strategi pembanterasan secara berterusan dan ketika ini sedang memperhalusi Pelan Strategik Penguatkuasaan Pendatang Asing Tanpa Izin lebih komprehensif dan menyeluruh. -Bernama