Jiran hidu bau busuk rupanya sudah empat hari meninggal dunia

14 Apr 2026 • 2:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Operasi mengeluarkan mayat terpaksa dibantu pasukan bomba dan polis berikutan rumah dalam keadaan berkunci.
image is not available
Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk proses bedah siasat.

SUNGAI PETANI - Seorang warga emas dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di Taman Ria Jaya, di sini, sejak empat hari lalu berdasarkan keadaan fizikal mayat ketika ditemukan.

Jiran yang enggan dikenali berkata, mangsa seorang wanita berusia 69 tahun dipercayai tinggal bersendirian selepas suaminya meninggal dunia dua bulan lalu.

Menurutnya, mula berasa curiga selepas terhidu bau busuk dari rumah mangsa sebelum bertindak melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

"Sebelum ini ada juga nampak dia keluar membeli barang di kedai, tetapi kelibatnya tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu.

**media[3491078]**

"Pihak bomba dan polis kemudian tiba di lokasi sebelum memecahkan pintu rumah... mangsa dipercayai telah meninggal dunia," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Kita percaya mangsa telah meninggal dunia kira-kira empat hari berdasarkan keadaan fizikal semasa ditemui.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian," katanya.

Menurut Hanyan, usaha mengesan ahli keluarga mangsa kini sedang giat dijalankan.

Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk proses bedah siasat.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved