
Mayat Lelaki Ditemui Selepas Jiran Hidu Bau Busuk Di Ipoh
Mayat seorang lelaki ditemui di sebuah rumah di Taman Kledang Jaya, selepas pihak polis menerima laporan daripada jiran yang mengesan bau kurang menyenangkan dari kediaman tersebut.
Menurut Astro Awani, mayat tersebut ditemukan semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Muhammad Najib Hamzah memaklumkan bahawa lelaki tempatan berusia 52 tahun itu ditemui kira-kira jam 11.26 pagi, susulan maklumat yang diterima daripada jiran berkenaan kejadian tersebut.
Menurutnya, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian.
“Mangsa mempunyai sejarah penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol serta pernah mengalami serangan angin ahmar ringan dan sedang menerima rawatan susulan di fasiliti kesihatan berhampiran,” katanya dalam kenyataan di sini.
Tambah beliau lagi, kematian mangsa dipercayai tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.
Sementara itu, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu sensitiviti keluarga si mati.
Baca juga:

