“Sikit tak tunjuk marah” – Remaja Bawa Ibu Bapa OKU ‘Pekena’ Nasi Kandar Di Penang Undang Sebak Ramai

27 Mar 2026 • 4:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Biarpun mempunyai ibu bapa yang tergolong dalam Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan, anak remaja ini langsung tidak mengeluh dan merungut untuk membawa ibu bapanya keluar makan dan ‘pekena’ Nasi Kandar.

Menurut pemilik kedai makan Nasi Kandar Sulaiman (NKS) dari Pulau Pinang ini, tiga beranak tersebut datang dari Kuala Lumpur untuk menikmati hidangan nasi kandar di restoran mereka.

image is not available

Menurut NKS, keluarga kecil ini pernah berkunjung ke restorannya pada tahun lepas dan makanan mereka ditanggung oleh pemilik kedai hasil derma orang ramai. Perkara yang sama dilakukan untuk tahun ini, mereka mengetahui hal tersebut sewaktu ingin membayar makanan.

“Mereka pun tidak tahu yang saya akan belanja mereka. Masa nak bayar baru saya beritahu. Mereka pun jadi sangat gembira.”

Apa yang membuatkan pemilik restoran terharu apabila melihat ketekunan si anak yang tidak mengeluh langsung ketika menjaga ibu bapa mereka walaupun usianya masih muda. Jelasnya, anak pasangan OKU itu sentiasa tersenyum biarpun kedai sesak dengan pelanggan lain.

“Walaupun ramai sangat pelanggan lain ketika mereka datang, anak mereka jaga mereka dengan muka senyum sahaja. Beliau sikit pun tidak tunjuk marah atau mengeluh. Dan nak jaga ibu bapa seperti ini bukan mudah, ianya cabaran yang sangat besar. Namun adik kita ini jaga mereka dengan penuh kasih sayang.”

image is not available

Pemilik kedai ini juga jadi sebak apabila mengenangkan sesetengah anak muda didakwa malu untuk keluar dengan ibu bapa yang kelihatan tua dan sakit, tetapi lain pula dengan remaja tersebut dan perkara ini patut dijadikan contoh buat semua.

“Hargai ibu bapa yang masih ada walaupun mereka sakit dan kelihatan tua. Tidak perlu rasa malu untuk menjaga mereka.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut rasa terharu melihat remaja ini dan masing-masing mendoakan yang terbaik buatnya.

image is not available image is not available

Sumber : Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.