JKM kesan individu guna kanak-kanak raih simpati orang ramai

23 Dec 2022 • 4:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dua individu dipercayai suami isteri yang menggunakan anak-anaknya untuk meraih simpati orang ramai di beberapa lokasi negeri ini seperti yang ditularkan di media sosial.

MELAKA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka sedang mengesan dua individu yang didakwa menggunakan kanak-kanak untuk meraih sumbangan pengguna jalan raya seperti yang tular di media sosial ketika ini.

Pengarah JKM Melaka, Burhanuddin Bachik berkata, tindakan individu terbabit dipercayai menggunakan anak-anak bagi mendapatkan simpati orang ramai menyalahi undang-undang di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Menurutnya, akta itu jelas menyebut pihak JKM boleh menyelamatkan kanak-kanak sepertimana peruntukan di bawah Seksyen 17(1)(c ) Akta Kanak-Kanak 2001 pindaan 2016.

"Pegawai Pejabat Kebajikan Daerah Jasin telah melakukan siasatan di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ) berhampiran Batu Gajah untuk mencari pasangan berkenaan di lokasi yang ditularkan.

"Namun rondaan bermula dari Simpang Empat Merlimau - Sungai Rambai sehingga ke Umbai gagal mengesan pasangan berkenaan untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Sejak Khamis tular di media sosial foto pasangan suami isteri terbabit yang dipercayai menggunakan anak-anaknya untuk meraih simpati.

Beberapa netizen memberi komen mengakui telah beberapa kali terserempak dan membantu keluarga tersebut yang menaiki kereta Proton Wira dan memberhentikan kenderaan itu di bahu jalan kerana mendakwa kehabisan minyak tetapi tidak mempunyai wang untuk mengisi minyak kereta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved