JKM Siasat Bapa Dari Pulau Pinang Didakwa Eksploitasi Anak Untuk TikTok

LocalFamily & Parenting
9 Sep 2025 • 10:35 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang menjalankan siasatan terhadap seorang bapa yang didakwa mengeksploitasi dua anak lelakinya berusia lima dan satu tahun untuk kandungan TikTok.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri, Lim Siew Khim, JKM telah menemu bual bapa terbabit yang dikenali ramai di media sosial serta menghubungi bekas isterinya bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Beliau berkata laporan diterima melalui Talian Kasih pada 2 September mendakwa kanak-kanak tersebut sering ditampilkan dalam video bagi tujuan menjana pendapatan.

image is not available

Antara aktiviti yang dipersoalkan termasuk menghasilkan kandungan, meminta hadiah daripada penonton, membuat ulasan berbayar serta menghadiri perjumpaan peminat.

Bagaimanapun, bapa berusia 33 tahun itu menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkannya sebagai salah faham.

Hasil siasatan awal JKM tidak menemui bukti kukuh wujud paksaan, namun beliau dinasihatkan memastikan penglibatan anak-anak bersesuaian dengan usia, tidak mengganggu rehat atau pendidikan mereka, serta menjaga privasi mengikut Akta Kanak-Kanak 2001. JKM akan terus memantau kes ini.

image is not available 2025-09-03 13:57:56

"Hampa Menyusahkan Kerja Aku" - Dilapor Eksploitasi Anak Ke JKM, Bapa Gibran Luah Rasa Terkilan