[VIDEO] Bapa & Anak Kecil Pakai Maskot Untuk Hiburkan Orang Awam Undang Sebak

Entertainment
8 Sep 2025 • 5:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kegigihan seorang bapa dalam mencari rezeki bersama anaknya yang masih kecil telah mencuri tumpuan netizen setelah tular rakaman video daripada seorang TikToker ini.

Si bapa yang memakai pakaian maskot bersama anak lelakinya yang masih kecil yang turut memakai pakaian itu bagi menarik tumpuan pengunjung dilihat berada di sebuah sebuah pasar malam yang terletak di Pahang.

 

Tak meragam langsung masa ayah cari rezeki

Dalam video tersebut dilihat si bapa berjalan-jalan di sekitar kawasan itu dengan memakai maskot katak sambil mendukung anaknya. Situasi itu membuatkan pemilik video rasa sebak melihat ketekunan dua beranak ini dalam mencari rezeki.

“Di saat kita rasa hidup kita susah sebenarnya ada lagi orang yang lebih susah daripada kita. Cuma kita je tak reti bersyukur”

Lebih mengharukan, kanak-kanak lelaki yang bersama bapanya itu dikatakan langsung tidak meragam dan gembira menemani ayahnya.

Disebabkan itu, wanita ini menyarankan orang ramai untuk hadir ke pasar malam tersebut untuk memberi sokongan terhadap anak beranak ini. Menurut perkongsian, lokasi pasar malam tersebut terletak di Pasar Malam Brincang, Pahang.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa sebak. Bahkan, tuan empunya badan ada tampil memberikan respon dengan mengatakan bahawa dia hanya bawa anaknya untuk berseronok dan suka-suka sahaja, dia juga terkejut kerana ia membuatkan wanita ini jadi sebak.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Di samping itu, ramai juga yang mahu menyalurkan bantuan buat mereka ini dan mendoakan agar si bapa ini sentiasa dimurahkan rezeki.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.