Azharina Azhar Nafi Dakwaan Daniesh Suffian ‘Anak Ikan’, Dedah Hubungan Sebenar – “Harap Lepas Ni Tak Salah Faham”

EntertainmentLifestyle
4 Sep 2025 • 10:54 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi Azharina Azhar menafikan spekulasi bahawa dirinya menjalinkan hubungan dengan penyanyi muda, Daniesh Suffian, 27, yang didakwa merupakan ‘anak ikan’.

Jelas penyanyi berusia 40 tahun itu, mereka hanyalah sekadar dua pupu dan pertalian itu terjalin melalui sebelah bapa memandangkan datuknya dan datuk Daniesh merupakan adik beradik.

Terima kasih kerana memberi pahala percuma untuk saya. Saya harap lepas ini orang tidak lagi salah faham. Daniesh bukan ‘anak ikan’, dia adalah sepupu saya sebelah ayah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ASHY REEF (@ashyreef)

Azharina juga berkata dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya cerita tentang Daniesh adalah ‘anak ikannya’ namun akui tidak mengambil hati.

Walaupun di media sosial ramai yang menggelarnya ‘anak ikan’ atau ada yang bergurau panggil ‘anak ikan emas’, saya maafkan kerana mungkin netizen tidak tahu. Ada juga yang kata kami seperti ibu dan anak. Saya hanya tergelak membaca komen terbabit, semua saya anggap biasa je.

image is not available

Tambah Azharina, dia membawa Daniesh utnuk sama-sama menyanyikan lagu terbaru mereka, ‘Gunung Kinabalu’ sebagai salah satu sumbangan untuk dia memperkenalkan bakat sepupunya itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-09-02 14:39:18

Zed Zaidi Tegur Pasangan Pelakon Baru 'Comolot' di Photobooth - "Lebih Baik Terus Berkahwin"