Joan Mir Beraksi Cemerlang, Taka Nakagami Buat Penampilan Sulung Bersama Pasukan Kilang di GP Itali

17 Jun 2025 • 11:05 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Joan Mir dan Takaaki Nakagami akan menghadapi cabaran Grand Prix Itali di litar ikonik, Autodromo Internazionale del Mugello. Selepas meraih tempat ketujuh di GP Aragon, Mir berazam untuk meneruskan momentum positifnya di Mugello, sebuah litar yang pernah menyaksikan kejayaannya di tempat ketiga pada tahun 2021.

Takaaki Nakagami pula akan membuat penampilan sulungnya bersama pasukan factory Honda HRC Castrol, menggantikan Luca Marini yang sedang pulih dari kecederaan. Nakagami, yang aktif dalam ujian bersama pasukan ujian Honda HRC, bakal menggunakan peluang ini untuk membantu pembangunan jentera RC213V dalam suasana perlumbaan sebenar. Pernah mencatat keputusan terbaik di tempat kelima di Mugello pada tahun 2019, Nakagami membawa pengalaman penting ke dalam pasukan.

Sementara itu, Luca Marini menunjukkan perkembangan positif dalam proses pemulihannya dan dijangka kembali sebaik sahaja benar-benar cergas.

Teruskan Bersama Two Wheels..!!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved