Jobbie bantu Makna kumpul dana bantu pesakit kanser payudara

LocalHealth & Fitness
2 Oct 2026 • 2:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jobbie bantu Makna kumpul dana bantu pesakit kanser payudara

KUALA LUMPUR – Sebanyak 20,000 balang edisi merah jambu Jobbie disasarkan terjual sepanjang kempen tiga bulan menerusi kerjasama sektor perniagaan dan pertubuhan kebajikan, dengan RM20,000 bakal disalurkan kepada Majlis Kanser Nasional (Makna).

Kerjasama antara Jobbie, Lotus’s Malaysia dan Makna itu berlangsung dari 1 Oktober hingga 31 Disember ini, dengan RM1 daripada setiap balang Pink Wobbly Breast Odyssey disumbangkan kepada Makna.

Jumlah sasaran itu menjadikan aktiviti pembelian produk pengguna sebagai salah satu saluran untuk menggerakkan sumbangan kepada usaha membantu pesakit kanser, khususnya golongan kurang berkemampuan.

Ketua Pegawai Operasi Jobbie Sdn. Bhd., Lorence Khoo berkata, kempen berkenaan bertujuan menjadikan pendidikan kesihatan payudara lebih dekat dengan masyarakat selain menggalakkan orang ramai mengambil tindakan awal.

“Makna bermaksud ‘makna’, dan bagi saya, itulah matlamat sebenar kerjasama ini-sebagai satu cara untuk mengubah kesakitan menjadi satu tujuan.

“Jika kempen ini membantu keluarga lain untuk lebih peka, menekankan kesihatan, dan segera bertindak apabila merasakan sesuatu tidak kena, ia telah membuahkan hasil yang bermakna,” katanya.

Menurutnya, inisiatif itu merupakan kesinambungan kerjasama Jobbie dan Makna pada 2024 yang menyaksikan 5,000 balang edisi terhad diperkenalkan.

Sementara itu, wakil Makna, Nisha Sanita berkata, dana yang dikumpulkan akan digunakan bagi menyokong usaha membantu pesakit kanser yang memerlukan, terutama mereka yang kurang berkemampuan.

“Dana yang terkumpul melalui kempen ini akan mendukung usaha Makna dalam membantu pesakit kanser yang memerlukan, terutamanya yang kurang berkemampuan.

“Setiap pembelian menyumbang kepada usaha ini, mengingatkan kita bahawa sekecil sokongan boleh membawa makna bagi pesakit kanser,” katanya.-KOSMO! ONLINE

The post Jobbie bantu Makna kumpul dana bantu pesakit kanser payudara appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved