“Aku tak pernah ungkit…” – Jofliam Nak ‘Let Go’ Jam Pemberian Cik Epal?

Entertainment
3 Oct 2024 • 5:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kes pergolakan rumah tangga pempengaruh Cik Epal serta suaminya, Chef Jofliam menjadi bualan ramai sejak beberapa hari ini.

Ia tercetus apabila chef yang terkenal dengan menu piza itu mendedahkan bahawa dia sendiri tidak tahu status perkahwinan dia dengan isterinya itu.

Malah, menerusi beberapa hantaran di IG Story, Jofliam juga ada menjelaskan isu fotonya dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Dewi.

Terbaru, menerusi laman Instagram miliknya, Jofliam memuat naik bayangan seakan ingin ‘melepaskan’ jam tangan mewah pemberian isterinya.

image is not available

Pun begitu, hanya selepas beberapa minit IG Story itu dimuat naik tidak lama kemudian ia sudah pun dipadam.

Namun, lain pula ceritanya di laman Instagram Cik Epal, pempengaruh itu turut memuat naik video ketika dia membeli hadiah jam tangan itu dengan kapsyen yang menyatakan dia ikhlas dalam memberi dan tidak ingin mengungkit.

image is not available

“Memang ikhlas nak bagi, aku tak pernah ungkit semua benda yang aku pernah bagi,” tulisnya.

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan dari pada Jofliam atau Cik Epal berkenaan jam tangan mewah itu.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.