Saya disihir kerana cinta Islam yang sangat mendalam – Nonny Nadirah

LocalEntertainment
3 Oct 2024 • 5:06 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Nonny Nadirah

Mendekatkan diri dengan agama menjadi punca pelakon Nonny Nadirah disihir oleh individu yang tidak bertanggungjawab sehingga dia bertindak menanggalkan tudung dan mendedahkan aurat di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nonny atau nama lengkapnya Nonny Nadirah Zainuddin di laman Instagramnya, dia menunjukkan fasa perubahannya sebelum dan selepas berhijrah dan kemudiannya kembali ke imej asal yang disebabkan oleh perbuatan khianat itu.

Nonny Nadirah

Instagram will load in the frontend.

“Sihir dan gangguan yang saya hadap hanya kerana cinta Islam yang sangat mendalam. Dunia akhir zaman.

“Semua berkaitan dengan iman, korang tak rasa apa yang saya rasa sihir dan gangguan hanya kerana cinta Islam. Sudah empat tahun saya tak disentuh,” katanya.

Bagaimanapun, Nonny menegaskan masih berpegang kepada ajaran Islam walaupun berdepan dengan ujian tersebut.

Malah, dia enggan untuk mendedahkan dalang di sebalik perbuatan itu kerana setiap individu akan berhadapan dengan dugaan yang berbeza.

Nonny Nadirah

image is not available

image is not available

“Saya masih berpegang kepada Al-Quran dan hadis.

“Jangan ditanya siapa yang menyihir, lain orang lain ujiannya, mana yang perang mana yang disihir,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Dia Isteri Luar Biasa ini terbuka hati untuk menerima segala teguran orang ramai asalkan menggunakan kaedah yang baik.

“Hendak menegur kenal caranya, amal ilahi kekuatan ilmunya. Islam agama yang luar biasa dan ajaib, doa yang baik-baik,” tambahnya lagi.

image is not available

Terdahulu, Nonny terima kecaman hebat dalam kalangan netizen kerana tampil dengan imej seksi seperti berkemban dan tidak lagi memakai tudung seperti sebelum ini.

Sekadar info, Nonny pernah mendirikan rumah tangga bersama Mustain Adnan pada 2018 namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama setahun.

image is not available

Sumber: Instagram @Nonny Nadirah