Johan Setia, Banting antara lima kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
7 Sep 2026 • 9:06 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Johan Setia, Banting antara lima kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat

SHAH ALAM, 7 SEPT: Johan Setia merekodkan Indeks Pencemar Udara (IPU) 184, tertinggi dalam kalangan sembilan kawasan di Lembah Klang yang mencatatkan tahap tidak sihat setakat jam 8 pagi ini.

Selain itu Shah Alam merekodkan bacaan IPU 166, Petaling Jaya, Banting dan Klang masing-masing 158 manakala Kuala Selangor mencatatkan 157.

Turut merekodkan tahap tidak sihat ialah Batu Muda dengan bacaan 163 dan Cheras 160 di Kuala Lumpur manakala Putrajaya mencatatkan IPU 163.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), sebanyak 40 kawasan di seluruh negara berada pada tahap tidak sihat sementara Samarahan, Sarawak mencatatkan tahap sangat tidak sihat dengan bacaan IPU 226.

Di Sarawak, 11 kawasan lain turut mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Sarikei (194), Kuching (192), IPD Serian (193), Sri Aman (183), Mukah (182), Samalaju (179), Sibu (183), Bintulu (172), ILP Miri (169), Miri (166) dan Limbang (149).

Tiga kawasan di Negeri Sembilan turut merekodkan tahap tidak sihat iaitu Nilai dengan bacaan 166, Seremban (164) dan Port Dickson (125).

Di Melaka, Bukit Rambai dan Alor Gajah masing-masing mencatatkan IPU 154 manakala Bandaraya Melaka merekodkan bacaan 111.

Lima kawasan di Perak turut terjejas iaitu Taiping (132), Tanjung Malim (160), Seri Manjung (159), Tasek Ipoh (156) dan Pegoh Ipoh (152).

Di Pahang, Temerloh dan Jerantut masing-masing mencatatkan bacaan 153 dan 140 manakala di Johor, Segamat dan Batu Pahat merekodkan 157, Tangkak (154) serta Kluang (151).

Kota Kinabalu dan Kimanis di Sabah pula masing-masing mencatatkan bacaan IPU 153. Sementara itu, 24 kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada tahap sederhana dan dua kawasan mencatatkan bacaan baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan berbahaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved