
Selepas Tim Cook meninggalkan jawatan CEO secara rasminya berkuat-kuasa 1 September 2026, kini menggantikan beliau dalam menerajui syarikat Apple adalah John Ternus. Tim Cook masih akan terlibat sebagai Pengerusi Eksekutif untuk beberapa aspek operasi di Apple.

John Ternus sebelum ini telah menyertai Apple pada tahun 2001 yang lepas, dan kelebihan beliau adalah lebih kepada memfokuskan kepada produk. Dibawah beliau sebelum ini, sejumlah produk telah dibangunkan, termasuk melibatkan iPad, iPhone, Mac, dan juga cip pemprosesan Apple Silicon.
Dengan John Ternus menjadi CEO, Apple dijangkakan ramai akan sekali lagi menjadi syarikat memfokuskan produk – seperti pada era Steve Jobs sebelum ini. Peralihan ini juga hadir selari dengan perubahan dunia ke arah kecerdasan buatan, dan mencari pelbagai penawaran produk baharu ke era yang baharu.



