Phil Schiller Letak Jawatan Daripada Mengetuai App Store

TechnologyDigital
1 Sep 2026 • 2:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selain Tim Cook, Phil Schiller juga mengundur diri daripada mengetuai App Store yang dipegang oleh beliau sejak 2015 menurut Bloomberg. Schiller ialah wajah yang sentiasa muncul dalam acara pelancaran produk Apple khususnya melibat aplikasi. Walaupun tidak lagi mengepalai App Store, beliau kini memegang jawatan sebagai Apple Fellow – jawatan khas untuk tokoh yang memberi sumbangan besar, dipercayai sebagai langkah menuju persaraan.

Image from: Phil Schiller Letak Jawatan Daripada Mengetuai App Store

Operasi harian App Store kini dikendalikan oleh Carson Oliver yang sudah bertugas di Apple selama 14 tahun. App Store pula dipindahkan daripada jabatan pemasaran ke perniagaan perkhidmatan di bawah Eddy Cue. Perubahan pucuk pimpinan Apple yang berlaku sepanjang 2026 memberikan petanda apakah yang akan dilakukan di bawah CEO baharu John Ternus.

Apple berada di posisi yang sangat baik di bawah Tim Cook dengan ia berjaya memintas Samsung sebagai pengeluar telefon pintar terbesar dunia pada tahun 2025. Di bawah Cook juga perubahan besar ke Apple Silicon dilakukan sekaligus memulakan era baharu komputer peribadi menggunakan senibina Arm.

Cabaran Ternus sebagai CEO ialah mengekalkan momentum serta memperkenalkan inovasi produk Apple. Produk baharu di bawah beliau dipercayai ialah iPhone Ultra yang boleh dilipat selain cermin mata serta AirPods dengan kamera. Walaupun produk menarik mampu dihasilkan, krisis RAM akan menjadi cabaran besar kerana kos yang semakin sukar dikawal.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved