Johny Srouji Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Perkakasan Di Apple Secara Serta Merta

TechnologyBusiness & Finance
21 Apr 2026 • 5:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pagi ini, ia telah diumumkan bahawa Tim Cook, CEO Apple akan meletakkan jawatan pada bulan September tahun ini, dan jawatan tersebut akan diambil-alih oleh John Ternus, yang merupakan Timbalan Presiden Kanan Kejuruteraan Perkakasan Apple.

Bersama-sama pengumuman itu, Apple juga telah mengumumkan bahawa jawatan Ketua Pegawai Perkakasan di Apple akan dipegang oleh Johny Srouji, yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Presiden Kanan Teknologi Perkakasan di syarikat tersebut.

image is not available

Dengan jawatan baru ini, Johny Srouji akan mengambil-alih tanggungjawab mengetuai bahagian Kejuruteraan Perkakasan (Hardware Engineering) yang sebelum ini dipikul oleh John Ternus.

Jika John Ternus bertanggungjawab untuk produk-produk Apple seperti Apple iPhone, iPod dan Mac, Johny Srouji pula bertanggungjawab untuk strategi silikon Apple, yang mana syarikat tersebut telah menghasilkan siri cip pemprosesan Apple Silicon yang terdiri daripada cip siri A untuk peranti iPhone dan cip siri M untuk komputer Mac.

Johny Srouji menyertai Apple pada tahun 2008 untuk menerajui pembangunan cip A4, SoC pertama yang direka oleh Apple. Beliau juga dilihat bertanggungjawab sebagai individu yang membawa banyak inovasi kepada perkakasan-perkakasan Apple seperti modul kamera, bateri, modem selular dan sebagainya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved