Johor rancang sediakan pusat perlindungan anjing, kucing liar di setiap PBT

13 Aug 2026 • 1:17 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Johor rancang sediakan pusat perlindungan anjing, kucing liar di setiap PBT

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri merancang untuk mewujudkan pusat perlindungan anjing dan kucing liar di setiap kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan kesejahteraan haiwan berkenaan terjaga, sekaligus meningkatkan keselamatan awam.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sedang merintis usaha berkenaan yang dijangka siap, bulan depan.

Katanya, pihaknya menjadikan pendekatan diambil Belanda dalam menguruskan haiwan-haiwan liar berkenaan sebagai contoh rancangan berkenaan.

“MBJB adalah satu-satunya bandar raya yang ada tempat kuarantin haiwan-haiwan. Ia satu pusat perlindungan haiwan dimana anjing dan kucing liar ditangkap, diberi makan, dirawat, dikembiri sebelum boleh diambil untuk dipelihara.

“Kita ambil contoh apa yang dilakukan di negara-negara maju termasuk Belanda, kita ambil dan jaga bagi memastikan mereka tidak beranak-pinak di luar kawalan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Johor Smart (JSCF) 2026 di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Pasir Gudang, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Jafni, sehubungan itu, pihaknya mengalu-alukan kerjasama dengan pelbagai agensi lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menjayakannya, bermula tahun depan.

“Hasrat saya adalah untuk kita adakan lokasi sesuai untuk haiwan-haiwan ini, kita akan lakukan secara berfasa. Kita mahu pastikan haiwan-haiwan ini sihat daripada penyakit,” katanya.

Sementara itu, mengulas tentang JSCF 2026, pihaknya memberitahu kerajaan negeri merancang untuk menambah bilangan kamera litar tertutup CCTV pintar bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan penduduk.

“Kesemua 16 PBT di Johor telah menerima pengiktirafan sekurang-kurangnya Smart City Tahap 1, manakala MBJB satu-satunya yang menerima pengikut Smart City Tahap 3 setelah memenuhi 63 indikator yang ditentukan. PBT Pasir Gudang dan Iskandar Puteri kita sedang usahakan untuk mencapai Tahap 2.

“Antara aspek yang diberi tumpuan termasuklah sasaran memasang sehingga 5,000 CCTV pintar di kawasan Greater Johor Bahru dan juga pemasangan lampu isyarat pintar di laluan-laluan dikenalpasti sesak khususnya pada waktu puncak,” katanya.-UTUSAN

The post Johor rancang sediakan pusat perlindungan anjing, kucing liar di setiap PBT appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved