Kerajaan negeri siasat dakwaan sisa binaan dari Singapura dibuang di Pontian

LocalEnvironment
11 Aug 2026 • 2:07 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerajaan negeri siasat dakwaan sisa binaan dari Singapura dibuang di Pontian

JOHOR BAHRU: Satu jawatankuasa khas akan ditubuh bagi menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan berlakunya pembuangan sisa buangan binaan dari Singapura ke beberapa lokasi di sekitar Pontian.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, antara agensi terlibat termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), polis, Pejabat Daerah dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

“Saya difahamkan aktiviti penambakan sisa buangan binaan dari Singapura itu telah dihentikan, namun kita perlu siasat secara menyeluruh terlebih dahulu.

“Saya terima laporan berhubung perkara itu berlaku termasuk di Sungai Karang, Pontian dan beberapa kawasan lain, siasatan masih dijalankan,” katanya ketika melakukan tinjauan di premis pembakaran terbuka sisa barangan pepejal di Jalan Kempas Lama-Seelong, di sini hari ini.

Tambah beliau, aktiviti sedemikian memerlukan permit atau kelulusan sewajarnya sebelum boleh dibenarkan beroperasi.

“Kepada mereka yang melakukan kerja-kerja melanggar undang-undang, kita akan ambil tindakan. Sisa yang dibawa dari Singapura dan dibuang di Johor ini, kalau tidak mempunyai permit atau kelulusan sepatutnya, kita perlu ambil tindakan tegas,” katanya.

Jumaat lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Md. Israk Abdullah dilaporkan berkata pihaknya menerima aduan berlaku aktiviti penambakan haram di sekitar Belokok, Peradin dan Simpang Kiri, Pontian.

Menurut beliau, aktiviti penambakan itu turut melibatkan sisa bahan buangan dari Singapura dan aktif pada waktu malam.-UTUSAN

The post Kerajaan negeri siasat dakwaan sisa binaan dari Singapura dibuang di Pontian appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved