Johor terajui sektor pertanian Malaysia dengan sumbangan KDNK RM18.39 bilion

LocalBusiness & Finance
24 Nov 2026 • 4:00 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Johor terajui sektor pertanian Malaysia dengan sumbangan KDNK RM18.39 bilion Image from: Johor terajui sektor pertanian Malaysia dengan sumbangan KDNK RM18.39 bilion sarah24/11/2026 - 16:00 Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR 24 Nov - Johor kekal sebagai penyumbang terbesar kepada sektor pertanian negara dengan sumbangan sebanyak RM18.39 bilion atau 17.1% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pertanian Malaysia pada 2025.

 

Menurut laporan New Straits Times (NST), Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Md Israk Abdullah menyifatkan pencapaian itu sebagai hasil kekuatan sektor pertanian yang menjadi pemacu utama ekonomi negeri.

 

Johor menyasarkan untuk mengekalkan kedudukan tersebut pada 2026 melalui peningkatan pengeluaran makanan dan produktiviti, pembangunan industri hiliran serta pertambahan pelaburan dalam pertanian moden.

 

Sehingga suku ketiga tahun ini, industri asas tani Johor mencatatkan jualan RM363 juta melibatkan 1,591 usahawan di seluruh negeri.

 

Kerajaan negeri turut memperuntukkan RM48.8 juta tahun ini bagi 48 program dan projek merangkumi sektor pertanian, penternakan, perikanan serta industri asas tani.

 

Enam keutamaan strategik sokong pertumbuhan pertanian

Bagi memastikan pertumbuhan sektor itu berterusan, kerajaan negeri memberi tumpuan kepada enam keutamaan strategik, termasuk pendigitalan pertanian, pengukuhan pengeluaran dan keterjaminan makanan serta pengoptimuman penggunaan tanah pertanian strategik.

 

Keutamaan lain meliputi peluasan penggunaan teknologi, mekanisasi dan inovasi, pembangunan usahawan tani berkemahiran serta pengukuhan rantaian nilai pertanian, industri hiliran dan akses pasaran.

 

Sehingga Ogos tahun ini, sebanyak 10 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai dengan pemain industri bagi memperkukuh kerjasama penyelidikan, penggunaan teknologi moden dan pengkomersialan produk pertanian.

 

Md Israk memaklumkan perkara itu ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani, Datuk Mohamad Najib Samuri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved