Johor tumpu dua lokasi utama pembenihan awan atasi jerebu

LocalEnvironment
21 Oct 2026 • 8:06 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Johor tumpu dua lokasi utama pembenihan awan atasi jerebu

JOHOR BAHRU: Dua lokasi utama telah dikenal pasti dan diberikan tumpuan khusus bagi pelaksanaan operasi pembenihan awan kali ke-61 bertujuan untuk merangsang pembentukan hujan dan mengurangkan masalah jerebu di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, kedua-dua kawasan tumpuan itu membabitkan laluan antara Yong Peng ke Machap serta Mersing ke Kota Tinggi.

Menurut beliau, operasi pembenihan awan tersebut dilaksana melibatkan kerjasama pelbagai pusat bagi meningkatkan kualiti udara dan kesihatan rakyat Johor.

“Operasi ini adalah misi pembenihan awan kali ke-61 yang dilaksana menggunakan pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Subang, Selangor.

“Penerbangan ini membawa sebanyak lapan tan natrium klorida (garam) sebagai bahan pembenihan awan. Di Johor kita berikan tumpuan kepada kawasan Yong Peng hingga Machap serta Mersing hingga Kota Tinggi,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Tambah Tian Soon, tujuan pelaksanaan operasi ini adalah bagi merangsang pembentukan hujan yang diharap dapat membantu mengurangkan kepekatan partikel jerebu sekaligus meningkatkan tahap kualiti udara.

“Saya turut serta penerbangan berkenaan bersama-sama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta No 20 Skuadron TUDM yang popular dengan gelaran ‘The Rainmaker’.

“Pengalaman ini beri peluang saya lihat kecekapan, kepakaran dan komitmen anggota TUDM serta METMalaysia dalam melaksana operasi yang memerlukan perancangan teliti, penyelarasan antara agensi dan keadaan cuaca yang bersesuaian,” katanya.-UTUSAN

The post Johor tumpu dua lokasi utama pembenihan awan atasi jerebu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved