Profesor UKM tersenarai 2 peratus saintis teratas dunia

21 Oct 2026 • 8:37 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Profesor UKM tersenarai 2 peratus saintis teratas dunia

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Profesor Dr. Kuik Cheng-Chwee atas kejayaan beliau tersenarai dalam kelompok dua peratus saintis teratas dunia bagi tahun 2026.

Anwar berkata, pengiktirafan yang diterima Felo Utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan dan sumbangan beliau dalam bidang ilmu, malah turut mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

“Tahniah dan syabas kepada Profesor Dr. Kuik Cheng-Chwee atas kejayaan tersenarai dalam kelompok dua peratus saintis teratas dunia bagi tahun 2026,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Anwar berkata, beliau turut berharap kejayaan berkenaan dapat terus menyemarakkan budaya ilmu dan memperkukuh tradisi penyelidikan dalam kalangan ilmuwan negara.

“Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan budaya ilmu, memperkukuh tradisi penyelidikan dan menjadi inspirasi kepada generasi ilmuwan untuk menyumbang kepada kemajuan negara,” katanya.-UTUSAN

 

The post Profesor UKM tersenarai 2 peratus saintis teratas dunia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved