KSM gesa majikan beri cuti tambahan

LocalPolitics
19 Apr 2023 • 4:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan - Foto 123RF

SHAH ALAM - Kementerian Sumber Manusia (KSM) menegaskan bahawa hari kelepasan am yang diisytiharkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Raya Aidilfitri terpakai kepada pekerja di sektor swasta.

Kementerian tersebut melalui satu kenyataan berkata, justeru para majikan digesa memberi hari kelepasan am tambahan yang diumumkan pada tarikh berkenaan.

"Mengikut proviso kedua Seksyen 60D(1A) Akta 265, majikan juga boleh menggantikan mana-mana hari lain sebagai ganti kepada hari kelepasan am tambahan berkenaan.

"Sekiranya tiada penggantian, pekerja yang bekerja pada hari berkenaan layak menerima gaji pada kadar bayaran kerja hari kelepasan am," ujarnya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Baru-baru ini, Anwar telah mengumumkan satu hari kelepasan am tambahan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri 2023 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Ujar beliau, sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat, 21 April 2023, maka kerajaan menetapkan hari Isnin, 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan.

Anwar bagaimanapun menyatakan, jika tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Sabtu, 22 April 2023, maka kerajaan menetapkan Jumaat, 21 April 2023 sebagai hari berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved