Jojo Ghazali janji akan bangkit, anggap kekalahan salah satu cabaran kecil

FootballSports
25 Jan 2025 • 1:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jaguh Muay Thai negara, Jojo Ghazali janji akan bangkit selepas tewas kepada Johan Estupinan dari Colombia menerusi keputusan sebulat suara selepas tamat tiga pusingan dalam pertarungan kategori flyweight ONE 170.

Menerusi bintang muda berusia 18 tahun itu, dia meluahkan rasa syukur apabila berkongsi hantaran di Instagram dengan gambar-gambar keadaannya selepas pertarungan tersebut.

Instagram will load in the frontend.

Jojo Ghazali janji akan bangkit, anggap ia satu cabaran kecil dalam karier

Ujarnya, dia janji akan bangkit semula dan menganggap kekalahan yang terjadi sebagai salah satu cabaran dalam perjalanannya sebagai seorang atlet Muay Thai.

Dia yang mengalami sedikit kecederaan di bahagian muka dilihat menerima kekalahan dengan Johan Estupinan dengan tangan terbuka.

image is not available

Jojo Ghazali janji akan bangkit, ucap terima kasih kepada yang beri sokongan

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Muhammad Johan Ghazali Zulfikar mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan terutamanya rakyat Malaysia yang menyaksikan pertarungan tersebut secara siaran langsung.

image is not available

Masing-masing bangga dengan Jojo

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan maklum balas menyatakan bahawa mereka cukup bangga dengan Jojo dan yakin bahawa atlet tersebut sudah memberikan yang terbaik dalam pertarungan tersebut.

Mereka juga memberikan kata-kata semangat untuk jaguh muda itu terus bangkit dan memberikan aksi terbaik dalam perlawanan seterusnya di masa hadapan.

image is not available

Jojo dah lakukan yang terbaik!

image is not available

Kita semua nampak perkembangan Jojo

image is not available

Terdahulu, Jojo telah bertemu dengan Johan Estupinan di Impact Arena, Bangkok bagi memburu kemenangan dalam ONE Championship.

Sumber: Instagram johanghazali_