Tewas Menerusi Keputusan Pengadil, Peminat Tetap Bangga Johan Ghazali  ‘Belasah’ Johan Estupinan

25 Jan 2025 • 11:19 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau dikenali sebagai Jojo gagal dalam misinya untuk meleburkan rekod tanpa kalah jaguh Colombia, Johan Estupinan.

Sensasi muay thai negara itu diumumkan tewas selepas tamat tiga pusingan dalam pertarungan kategori flyweight ONE 170, berlangsung di Impact Arena di Bangkok, Thailand, malam tadi.



image is not available



Meski gagal menewaskan lawannya, Jojo, tidak memberi laluan mudah kepada lawannya itu dalam usaha memburu kemenangan ketujuhnya dalam ONE Championship.



Ironi, Johan juga tewas dengan tertinggal satu mata dengan Estupinan selepas tamat tiga minit pada pusingan terakhir.



Bintang muda 18 tahun ini kemudian meminta maaf kepada peminat kerana tewas dalam pertandingan yang sengit itu.



Namun ramai dalam kalangan peminat menyatakan Jojo tidak perlu meminta maaf kerana kekalahannya. 

Selain dilihat mengalami kecederaan terutama pada bahagian muka dan keningnya luka, Jojo disifatkan telah memberi pertarungan yang sengit kepada Estupinan untuk mencapai rekod tanpa kalahnya dalam ONE Championship kepada 5-0 selepas menang empat pertarungan sebelum ini termasuk tiga kemenangan KO.



“Tidak perlu minta maaf Jojo. Kami bangga dengan kamu,” tulis seorang pengikutnya pada ruangan kapsyen di Instagram Story milik Jojo.

Pertarungan dengan Estupian merupakan kekalahan kedua Johan dalam lapan pertarungan selepas turut tewas di tangan jaguh Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat pada Jun tahun lalu.



Dia bagaimanapun berjaya bangkit tiga bulan selepas itu selepas menumbangkan jaguh Mexico, Josue Cruz menerusi knockout (KO) pada ONE 168 di Colorado, Amerika Syarikat untuk kemenangan keenamnya.