Jojo mahu sambung momentum Aliff

26 Jul 2026 • 8:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jojo mahu sambung momentum Aliff
Pertarungan antara Jojo dan Ramadan dinantikan peminat. Foto: Agensi

KEJAYAAN Ahmad Nor Iman Aliff Rakib melakar sejarah di The Inner Circle 23 menjadi suntikan semangat buat Johan Ghazali untuk meneruskan momentum kebangkitan Malaysia di pentas ONE Championship.

Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo berkata, kemenangan Aliff yang muncul Juara Dunia Interim ONE Strawweight Muay Thai selepas menumbangkan legenda Thailand, Sam-A Gaiyanghadao membuktikan atlet negara mampu bersaing di pentas tertinggi.

Kini, Jojo mahu mengikuti jejak langkah Aliff apabila turun berdepan petarung Lubnan, Ramadan Ondash pada The Inner Circle 24 di Stadium Lumpinee, Bangkok, 31 Julai ini.

"Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Aliff. Aliff sudah membuktikan bahawa Malaysia Boleh.

"Minggu depan, saya akan buktikan sekali lagi bahawa Malaysia memang layak berada di tahap tertinggi dalam sukan Muay Thai," katanya.

Pertembungan menentang Ramadan turut mencuri perhatian selepas petarung Lubnan itu mengakui hubungan persahabatan antara mereka tidak akan menghalang kedua-duanya memberikan aksi terbaik di dalam gelanggang.

"Dia tetap kawan saya, tetapi apabila berada di dalam gelanggang, tiada istilah kawan," kata Ramadan.

Mengulas perkara itu, Jojo menyifatkan situasi berkenaan sebagai perkara biasa dalam dunia sukan tempur yang menuntut setiap atlet memberikan persembahan terbaik.

"Perkara itu biasa. Semua orang mahukan peluang menentang Johan Ghazali. Semua orang mahukan perhatian yang saya bawa. Itulah lumrah dalam sukan ini," katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved